Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Rmk12 Pdrm Mohon Peruntukan Rm5 1 Bilion

Published: 09 Oct 2023 12.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bentong, 7 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) antaranya bagi pelaksanaan 81 projek di bawah agensi keselamatan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-rmk12-pdrm-mohon-peruntukan-rm5-1-bilion
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT
Bentong, 7 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) antaranya bagi pelaksanaan 81 projek di bawah agensi keselamatan itu.
 
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, peruntukan itu melibatkan 21 projek di ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negara manakala selebihnya iaitu 60 projek membabitkan aset-aset seperti bot dan lain-lain kenderaan.

"Ini semua termasuk sistem perhubungan, peralatan teknologi dan pembaikan kediaman. Kita telah menghantar permohonan peruntukan dan ini yang kita harapkan untuk rancangan boleh pinda RMK12 ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Balai Polis Karak, di sini hari ini.

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Rmk12 Pdrm Mohon Peruntukan Rm5 1 Bilion
ArticlePublished 09 Oct 2023 12.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM