Artikel
Artikel Pilihan Rmk12 Pdrm Mohon Peruntukan Rm5 1 Bilion
Bentong, 7 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (R...
Bentong, 7 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) antaranya bagi pelaksanaan 81 projek di bawah agensi keselamatan itu.
"Ini semua termasuk sistem perhubungan, peralatan teknologi dan pembaikan kediaman. Kita telah menghantar permohonan peruntukan dan ini yang kita harapkan untuk rancangan boleh pinda RMK12 ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Balai Polis Karak, di sini hari ini.
PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

