
Article
Artikel Pilihan Rakaman Dashcam Bantu Polis Siasat Kesalahan Kenderaan Berat
Kuala Lumpur, 26 Disember 2024 - Rakaman kamera papan pemuka "dashcam" berkaitan kesalahan yang dikesan membabitkan pemandu kenderaan berat membantu siasatan P...
Kuala Lumpur, 26 Disember 2024 - Rakaman kamera papan pemuka "dashcam" berkaitan kesalahan yang dikesan membabitkan pemandu kenderaan berat membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan sebarang kesalahan dengan merakam melalui kamera papan pemuka atau memaklumkan segera kepada polis.
“Kesalahan yang dikesan dalam bentuk rakaman sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha mengesan pemandu dan kenderaan berat yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Dato' Sri Mohd Yusri berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan berkenaan sebagai usaha mencegah serta mengelak berlakunya kemalangan.
“Ada juga situasi pengguna jalan raya yang merakam dan memaklumkan segera kepada pihak polis tentang kesalahan yang dikesan dilakukan pemandu sebuah treler, sebelum bertindak menghalang kenderaan berkenaan daripada meneruskan perjalanan, kita benar-benar memuji tindakan sedemikian,' katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Sinar Harian