Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Puan Normah Catat Sejarah Bakal Wanita Pertama Ketuai Bahagian Anti Pengganas Pdrm

Diterbitkan: 15 Feb 2020 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
SAC Puan Normah Ishak dilantik secara rasmi sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8), Cawangan Khas, Bukit Aman menggantikan DCP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-puan-normah-catat-sejarah-bakal-wanita-pertama-ketuai-bahagian-anti-pengganas-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:43 MYT

SAC Puan Normah Ishak dilantik secara rasmi sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8), Cawangan Khas, Bukit Aman menggantikan DCP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dato' Ayob seperti yang kita semua tahu baru-baru ini telah dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Polis Johor yang baharu.

Dengan perlantikan Puan Normah, ia secara langsung menjadikannya wanita pertama yang dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetuai bahagian yang cukup penting dalam Cawangan Khas itu.

Puan Normah menyertai PDRM pada Disember 1991 dan merupakan timbalan Ayob sejak 2016.

Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador kepada South China Morning Post (SCMP), Puan Normah seorang pegawai polis yang “berani, cerdik, sangat berkelayakan dan seorang pegawai yang berpengalaman, berintegriti dan pemimpin yang cemerlang”.

Syabas dan tahniah Puan!

Bacaan lanjut menerusi pautan di bawah.

https://malaysiagazette.com/2020/02/15/normah-catat-sejarah-pegawai-polis-wanita-pertama-ketuai-bahagian-anti-pengganas/?fbclid=IwAR3X0zFgMPgiu-vdXEhuqztoIPmB0WlsgFssRe5QXNGn2HuzJ2qa7neXVBk

ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2020 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM