Article
Artikel Pilihan Proses Kempen Pulai Simpang Jeram Lancar Timbalan Kpn
Johor Bahru, 9 September 2023 - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selama 14 hari berjalan lancar tan...
Johor Bahru, 9 September 2023 - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selama 14 hari berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
“Ini bukan kali pertama Kontinjen Johor berdepan pilihan raya. Dengan perancangan teliti dibuat, kekuatan 3,490 pegawai dan anggota mencukupi mengikut keperluan yang ada.
“Tinjauan proses pengundian setakat pagi ini juga lancar, walaupun hujan. Kita berharap agar kelancaran ini berterusan sehingga ke akhir proses pengundian,” katanya.
Seramai 205,810 pemilih di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram layak mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Bagi proses pengundian di Parlimen Pulai, sebanyak 47 pusat pengundian melibat 294 saluran dibuka, manakala di Simpang Jeram melibatkan 14 pusat mengundi dengan 68 saluran disediakan.
Sumber: BERNAMA
