Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Tumpaskan Sindiket Pecah Rumah Tahan Enam Individu Termasuk Dua Warga Columbia

Diterbitkan: 10 Jan 2024 1.29 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Shah Alam, 10 Januari 2024 – Polis menumpaskan sindiket pecah rumah selepas menahan enam individu termasuk dua lelaki warga Colombia, dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur 3 Jan lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tumpaskan-sindiket-pecah-rumah-tahan-enam-individu-termasuk-dua-warga-columbia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT
Shah Alam, 10 Januari 2024 – Polis menumpaskan sindiket pecah rumah selepas menahan enam individu termasuk dua lelaki warga Colombia, dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur 3 Jan lepas.

Turut ditahan lima individu lain iaitu dua lelaki warga Colombia dan tiga warga tempatan termasuk seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Colombia dan empat warga tempatan termasuk dua wanita yang berusia 45 hingga 62 tahun.

Beliau berkata sindiket itu bergerak aktif sejak Oktober lepas dengan menyasarkan rumah-rumah mewah dan menyamar sebagai penghantar barang bagi mengelak kegiatan dikesan.

“Sekiranya rumah itu didapati kosong dan tiada penghuni, mereka akan memecah masuk dan hasil curi akan diserahkan kepada pembeli, iaitu wanita tempatan berusia 55 tahun di sebuah pusat membeli belah sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA


ArtikelDiterbitkan 10 Jan 2024 1.29 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM