Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Tahan 20 Warga Asing Selamatkan Wanita Warga Tanzania Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

Diterbitkan: 03 Aug 2024 3.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 10.30 pagi itu berusia dua hingga 40 tahun, terdiri daripada 14 warganegara Nigeria, Tanzania (tiga) Uganda (dua) dan seorang warga Maldive
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tahan-20-warga-asing-selamatkan-wanita-warga-tanzania-disyaki-mangsa-eksploitasi-seks
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2024 - Polis menahan 20 warganegara asing termasuk dua kanak-kanak dalam operasi di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang di sini semalam atas pelbagai kesalahan termasuk di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 10.30 pagi itu berusia dua hingga 40 tahun, terdiri daripada 14 warganegara Nigeria, Tanzania (tiga) Uganda (dua) dan seorang warga Maldives.

Beliau berkata kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM serta Seksyen 55D, Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dato’ Sri Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut menyelamatkan seorang wanita warganegara Tanzania berusia 24 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks.
"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang relevan," katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Polis tahan 20 warga asing, selamatkan wanita warga Tanzania disyaki mangsa eksploitasi seks
ArtikelDiterbitkan 03 Aug 2024 3.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM