Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Sudah Kenal Pasti Suspek Dera Anak Kera Ekor Panjang

Published: 14 Feb 2023 4.12 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Petaling Jaya, 15 Februari 2023 - Polis telah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai terlibat berhubung dakwaan melakukan penyeksaan terhadap anak kera ekor panjang, susulan satu laporan polis dibuat di IPD Shah Alam 20 Jan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-sudah-kenal-pasti-suspek-dera-anak-kera-ekor-panjang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT
Petaling Jaya, 15 Februari 2023 - Polis telah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai terlibat berhubung dakwaan melakukan penyeksaan terhadap anak kera ekor panjang, susulan satu laporan polis dibuat di IPD Shah Alam 20 Jan lalu.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP A. Skandaguru, berkata polis menafikan dakwaan bahawa tiada tindakan diambil terhadap kes berkenaan.
“Dakwaan ini adalah tidak benar. Siasatan telah dijalankan dan suspek telah dikenal pasti.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan arahan telah diterima agar rakaman percakapan susulan dijalankan bagi melengkapkan lagi kertas siasatan tersebut.
“Sesi rakaman percakapan selanjutnya dijadualkan pada 15 Februari 2023. Kertas siasatan seterusnya akan dirujuk semula kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, ACP Skandaguru turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai proses siasatan dan memberi ruang bagi prosedur pendakwaan berlangsung.

20 Jan lalu, Kumpulan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) membuat laporan di IPD Shah Alam selepas menerima maklumat daripada kumpulan kebajikan, Lady Freethinker, dari Amerika Syarikat dan Action for Primates, dari United Kingdom, berhubung dakwaan seksaan terhadap anak kera ekor panjang.
Dr Kartini Farah Abdul Rahim berkata, beliau menerima maklumat dari kumpulan itu yang mendakwa pelaku merekodkan seksaan terhadap primat dan menjualnya rakaman itu dalam kumpulan Telegram, dinamakan “Monkey Haters”.
Artikel Pilihan Polis Sudah Kenal Pasti Suspek Dera Anak Kera Ekor Panjang
ArticlePublished 14 Feb 2023 4.12 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM