Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Selangor Terima 35 Unit Kenderaan Pacuan Empat Roda Baharu

Published: 26 Jul 2021 8.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Shah Alam, 26 Julai 2021 - Polis Selangor hari ini menerima 35 unit kenderaan baharu pacuan empat roda Toyota Hilux Single CAB 2.4 jenis GS Cargo (4WD GS Cargo) yang akan diserahkan kepada setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi tujuan penugasan pihaknya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-selangor-terima-35-unit-kenderaan-pacuan-empat-roda-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:50 MYT

Shah Alam, 26 Julai 2021 - Polis Selangor hari ini menerima 35 unit kenderaan baharu pacuan empat roda Toyota Hilux Single CAB 2.4 jenis GS Cargo (4WD GS Cargo) yang akan diserahkan kepada setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi tujuan penugasan pihaknya.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim berkata, kenderaan yang mampu memuatkan 10 anggota untuk sekali penugasan itu adalah bersesuaian bagi pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR), “light strike force” (LSF), membawa mayat, mengangkut barang dan sebagainya.

Jelasnya, polis Selangor merupakan kontinjen pertama menerima pacuan empat roda model berkenaan yang saiznya lebih besar daripada model kenderaan yang dimiliki pihaknya sekarang.

“Sebenarnya kita buat (perolehan) 400 pacuan empat roda GS Cargo merangkumi semua kontinjen. Untuk kontinjen Selangor kita bekalkan lebih (dari negeri lain) sebanyak 35 buah kerana ia kontinjen yang besar dan mempunyai daerah yang banyak.

Dalam tempoh dua minggu lagi insyaAllah serahan kenderaan pacuan empat roda GS Cargo ini akan dilakukan di kontinjen Kuala Lumpur. Buat masa ini serahan di sekitar Lembah Klang untuk memudahcarakan operasi,” katanya kepada Bernama dan RTM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas sesi penyerahan kenderaan pasukan Toyota Hilux GS Cargo, hari ini.

Sehingga kini, Datuk Seri Haji Mazlan berkata, kontinjen Selangor telah menerima agihan sebanyak 37 kenderaan bagi 2020 dan 2021 untuk kegunaan di IPD serta balai-balai polis antaranya melibatkan 18 lori model Hino; tiga pacuan empat roda Toyota Hilux D/C 2.8 Black EDI dan dua pacuan empat roda Toyota Triton 2.4 VG Premium.

Sumber: BERNAMA


Artikel Pilihan Polis Selangor Terima 35 Unit Kenderaan Pacuan Empat Roda Baharu
ArticlePublished 26 Jul 2021 8.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM