Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Selamatkan Wanita Asing Diculik Atas Urusan Perniagaan Pengarah Jsj

Published: 21 Sep 2023 4.11 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 September 2023 - Polis menyelamatkan seorang wanita warga asing yang diculik sekumpulan individu selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung projek yang gagal diselesaikan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-selamatkan-wanita-asing-diculik-atas-urusan-perniagaan-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuala Lumpur, 22 September 2023 - Polis menyelamatkan seorang wanita warga asing yang diculik sekumpulan individu selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung projek yang gagal diselesaikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, wanita terbabit diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPK Pulau Pinang, sepanjang minggu ini.

Beliau berkata, mangsa diculik di satu kawasan di Selangor dan dibawa ke Pulau Pinang sebelum berjaya diselamatkan polis.
"Polis menerima laporan berhubung kejadian culik ahli keluarga kepada seorang ahli perniagaan warga asing.

"Siasatan mendapati warga asing itu terbabit satu urus niaga namun ia terbengkalai di tengah jalan menyebabkan ahli keluarganya diculik," katanya.
Dato’ Sri Mohd Shuhaily berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian akan diperincikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin, pada satu sidang media, hari ini.

Sumber: Berita Harian

 
ArticlePublished 21 Sep 2023 4.11 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM