Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Selamatkan 402 Mangsa Eksploitasi Rumah Amal 171 Ditahan Kpn

Published: 11 Sep 2024 10.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-selamatkan-402-mangsa-eksploitasi-rumah-amal-171-ditahan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT
Kuantan, 11 September 2024 - Polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan 'Op Global' hari ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.

Beliau berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

"Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan, termasuk 105 wanita berusia 17 hingga 64 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman dan Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Nor Hisam Nordin.

Tan Sri Razarudin berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki bahawa 'Global Ikhwan Service and Business Holding' (GISBH) melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,


3444030099034262476 (500×261)
ArticlePublished 11 Sep 2024 10.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM