Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Rampas Dadah Rm15 5 Juta

Diterbitkan: 07 Feb 2020 9.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
poh, 5 Februari 2020 - Polis melumpuhkan sindiket memproses pelbagai jenis dadah didalangi tiga lelaki yang beroperasi di sebuah makmal di ladang berhampiran kolam udang di Kampung Deralik, Sitiawan, Manjung kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-rampas-dadah-rm15-5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:16 MYT

Ipoh, 5 Februari 2020 - Polis melumpuhkan sindiket memproses pelbagai jenis dadah didalangi tiga lelaki yang beroperasi di sebuah makmal di ladang berhampiran kolam udang di Kampung Deralik, Sitiawan, Manjung kelmarin.

Turut dirampas lebih 183 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM15.5 juta dalam operasi bermula 2 petang hingga 9 malam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato' Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tiga lelaki berusia 40 hingga 60 tahun terbabit ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Sitiawan.

“Hasil serbuan, polis merampas 55.62 kg dadah iaitu 185,400 pil esctasy; serbuk dadah methaphatemine (80.7kg) dan serbuk ketamin (11.1kg).

“Turut dirampas cecair methamphetamine (30.68 kg) serta ketulan dadah dipercayai methamphetemine (5 kg).

“Semua rampasan ini dianggarkan bernilai lebih RM15.5 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung, hari ini.

Beliau juga berkata, selain dadah, polis turut menyita wang tunai dan dua kereta bernilai RM28,000, selain peralatan serta mesin memproses dadah dalam serbuan berkenaan.

Selain itu, katanya, polis turut merampas bungkusan serbuk putih seberat 462 kg cecair kimia (160 liter); cecair metanol (enam liter); cecair acetone (40 liter) dan cecair hydrochloric asid (43 liter).

“Jumlah dadah yang dirampas ini boleh dibekalkan kepada 37,622 penagih.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, ketiga-tiga lelaki berkenaan positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.

Katanya, kegiatan sindiket itu dikesan sejak tiga bulan lalu, namun pihaknya percaya sindiket berkenaan sudah lama beroperasi di kawasan ladang itu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Polis percaya dadah yang diproses itu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa selain turut disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa.

“Polis kini dalam proses siasatan untuk mengesan individu lain yang dipercayai terbabit sebagai pengedar dan pembekal,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 10 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

https://www.hmetro.com.my/…/…/541641/rampas-dadah-rm155-juta

Artikel Pilihan Polis Rampas Dadah Rm15 5 Juta

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2020 9.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM