Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Pengiring Cedera Kemalangan Ketika Bertugas

Published: 14 Mar 2025 1.11 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Alor Gajah, 14 Mac 2025 - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-pengiring-cedera-kemalangan-ketika-bertugas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT
Alor Gajah, 14 Mac 2025 - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika Sarjan Mohd Tarmizi Manap, 50, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton S70 yang dipandu lelaki berusia 51 tahun tiba-tiba mengubah laluan dari laluan kiri bulatan membelok masuk ke kanan.

"Kenderaan itu kemudian terlanggar motosikal ditunggangi mangsa menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Pengiring Cedera Kemalangan Ketika Bertugas
ArticlePublished 14 Mar 2025 1.11 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM