Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Nafi Kemasukan Sekumpulan Lelaki Bersenjata Di Semporna Lahad Datu

Published: 20 Aug 2026 1.49 AM Updated: 21 Aug 2026 4.56 PM
Petaling Jaya, 16 Ogos 2026 – Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-nafi-kemasukan-sekumpulan-lelaki-bersenjata-di-semporna-lahad-datu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
 
Petaling Jaya, 16 Ogos 2026 – Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai kemasukan sekumpulan lelaki bersenjata ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Datuk Victor Sanjos berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana situasi keselamatan di kawasan berkenaan berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, ESSCOM juga sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan, khususnya di perairan serta lokasi-lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur.

“Langkah berkenaan termasuk pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk dan kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau turut menasihati supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut: https://www.utusan.com.my/.../polis-nafi-kemasukan.../

Sumber: Utusan Malaysia.

Artikel Pilihan Polis Nafi Kemasukan Sekumpulan Lelaki Bersenjata Di Semporna Lahad Datu

ArticlePublished 20 Aug 2026 1.49 AMUpdated 21 Aug 2026 4.56 PM