Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Marin Akan Terus Jaga Perairan Negara

Published: 11 Oct 2019 3.28 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Georgetown, 11 Oktober 2019 - Pasukan Polis Marin (PPM) akan terus berfungsi menjaga kedaulatan perairan negara dan tidak akan dibubarkan berdasarkan khabar angin yang tersebar luas di media sebelum ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-marin-akan-terus-jaga-perairan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT

Georgetown, 11 Oktober 2019 - Pasukan Polis Marin (PPM) akan terus berfungsi menjaga kedaulatan perairan negara dan tidak akan dibubarkan berdasarkan khabar angin yang tersebar luas di media sebelum ini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu sudah dipersetujui di peringkat kabinet selepas beberapa perbincangan dengan pihak berkenaan.

"Hasil mesyuarat di peringkat tertinggi, Menteri Dalam Negeri memutuskan status PPM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) kekal dalam status sedia ada dan PPM akan mendapatkan semula beberapa aset daripada APMM termasuk dua kapal kelas PZ bagi tujuan operasi di kawasan berisiko," katanya pada sidang media selepas hadir pada Hari Peringatan Polis Marin ke-72 di Batu Uban, semalam.

Menurutnya, PPM mempunyai kepakaran membaiki dan membaik pulih kelengkapan mereka dan menerusi penambahan aset baru ini, pihaknya dapat mengurangkan perbelanjaan negara kerana aset ini dibaik pulih di dalam negara.

Bacaan penuh di halaman 46 Harian Metro.

Image may contain: 2 people
ArticlePublished 11 Oct 2019 3.28 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM