
Article
Artikel Pilihan Polis Kesan Pusat Hiburan Dikuasai Warga Asing
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia mengesan pusat hiburan yang dikuasai oleh warga asing susulan serbuan terhadap empat premis berkenaan, di...
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia mengesan pusat hiburan yang dikuasai oleh warga asing susulan serbuan terhadap empat premis berkenaan, di sini, awal pagi, Ahad.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, dalam serbuan itu, seramai 38 lelaki warga asing ditahan termasuk pengurus dan pekerja.
Dato' Rusdi berkata, perkara itu ada kaitan dengan kehadiran warga asing di Malaysia.
"Mereka sudah menjadi pengurus, jadi penolong pengurus, jadi GRO (pelayan pelanggan) dan jadi pelanggan kepada tempat mereka sendiri (pusat hiburan diuruskan warga asing)," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../ada-warga-asing-kuasai...
Sumber: Sinar Harian