Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti Beberapa Lokasi Panas Seperti Mini Dhaka

Published: 24 Dec 2023 1.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk terletak di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-kenal-pasti-beberapa-lokasi-panas-seperti-mini-dhaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:55 MYT
Kota Bharu, 24 Disember 2023 - Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk terletak di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah 'titik panas' dan daerah yang terbabit sama ada di Kelantan dan negeri lain.

Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan panas di Kelantan terletak di daerah yang bersempadan dengan Thailand.

"Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas yang menjadi tumpuan pendatang asing di beberapa negeri di negara ini termasuk Kelantan.

"Ia susulan operasi besar-besaran yang dijalankan di Jalan Silang, Kuala Lumpur dan kita akan melancarkan siri operasi keselamatan terhadap PATI ini tidak lama lagi. Tumpuan kita terlebih dulu di Lembah Klang dan diikuti kawasan lain," katanya kepada New Straits Times.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kenal-pasti-beberapa...


Anggota dan pegawai polis menahan warga asing dalam operasi di 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, Kuala Lumpur pada 21 Disember lalu. - Foto fail NSTP
ArticlePublished 24 Dec 2023 1.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM