
Artikel
Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti Beberapa Lokasi Panas Seperti Mini Dhaka
Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk terletak di sepanjang sempadan...
Kota Bharu, 24 Disember 2023 - Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas seperti 'Mini Dhaka' yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk terletak di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah 'titik panas' dan daerah yang terbabit sama ada di Kelantan dan negeri lain.
Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan panas di Kelantan terletak di daerah yang bersempadan dengan Thailand.
"Polis mengenal pasti beberapa lokasi panas yang menjadi tumpuan pendatang asing di beberapa negeri di negara ini termasuk Kelantan.
"Ia susulan operasi besar-besaran yang dijalankan di Jalan Silang, Kuala Lumpur dan kita akan melancarkan siri operasi keselamatan terhadap PATI ini tidak lama lagi. Tumpuan kita terlebih dulu di Lembah Klang dan diikuti kawasan lain," katanya kepada New Straits Times.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kenal-pasti-beberapa...
Sumber: Berita Harian