Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti 25 Individu Terbabit Dalam Himpunan Selamatkan Malaysia

Published: 17 Sep 2023 12.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Alor Setar, 17 September 2023 - Polis mengenal pasti 25 individu termasuk seorang ahli parlimen yang terbabit dalam 'Himpunan Selamatkan Malaysia' di ibu negara, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-kenal-pasti-25-individu-terbabit-dalam-himpunan-selamatkan-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT
Alor Setar, 17 September 2023 - Polis mengenal pasti 25 individu termasuk seorang ahli parlimen yang terbabit dalam 'Himpunan Selamatkan Malaysia' di ibu negara, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini 22 orang berjaya dihubungi hari ini dan esok lima individu akan hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur manakala seorang lagi akan dipanggil Selasa ini.

Beliau berkata, baki selebihnya akan dipanggil kemudian secara berperingkat untuk membantu siasatan.

Katanya, banyak pihak juga menyatakan ketidakpuasan mereka dengan tindakan polis kononnya di bawah Akta Perhimpunan Aman ini mereka boleh membuat perhimpunan.

"Seperti yang sudah dijelaskan lebih awal oleh saya sendiri dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain sudah jelas, memang tak perlu permit tetapi mereka perlu menghantar notis.

"Dalam notis itu, ada lebih 14 perkara yang perlu dipatuhi, contohnya perlu meminta kebenaran terhadap pemilik kawasan terbabit, di mana akan diadakan perhimpunan itu, tetapi bila tidak dinyatakan dengan jelas, menyukarkan pihak polis untuk membuat kawalan.

"Bayangkan sekejap dekat Masjid Kampung Baru, sekejap Sogo, jadi kita perlu mengatur gerak anggota dan pegawai lebih awal untuk memastikan kawalan keselamatan berjalan lancar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kenal-pasti-25...


May be an image of 3 people, dais and text
ArticlePublished 17 Sep 2023 12.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM