Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Jejaki Transaksi Kewangan Aset Gisbh Kpn

Published: 27 Sep 2024 12.36 PM Updated: 17 Jul 2026 2.26 AM
Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjejaki transaksi kewangan dan aset milik GlSB Holdings (GISBH) di dalam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-jejaki-transaksi-kewangan-aset-gisbh-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:12 MYT
Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjejaki transaksi kewangan dan aset milik GlSB Holdings (GISBH) di dalam negara.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata proses itu mengambil masa kerana bergantung pada hasil siasatan ke atas individu ditahan dan maklumat risikan yang diperoleh.

"Proses menjejaki dana milik GISBH sedang berjalan, termasuk mengesan akaun beberapa syarikat berkaitan serta akaun peribadi milik individu tertentu sama ada ahli GISBH atau orang luar.

"Setakat ini, sebahagian besar aset GISBH sudah disita melalui serbuan-serbuan yang dijalankan melalui operasi Fasa 1 hingga Fasa 4, baru-baru ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata, hasil pemantauan mendapati hampir semua premis berkaitan GISBH tidak lagi beroperasi susulan serbuan besar-besaran, selain dipercayai dipengaruhi pendedahan kegiatan organisasi itu oleh sebuah akaun media sosial yang mendakwa terbabit dalam membuat kajian mengenai ajaran sesat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303691/polis-jejaki-transaksi-kewangan-aset-gisbh-kpn 
ArticlePublished 27 Sep 2024 12.36 PMUpdated 17 Jul 2026 2.26 AM