Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Diseret Kereta Suspek Samun Ketika Buat Penahanan

Diterbitkan: 24 Oct 2023 6.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Teluk Intan, 24 Oktober 2023 - Seorang anggota polis berdepan detik cemas apabila diseret kereta yang dipandu suspek kes samun yang mahu melarikan diri di Masjid Labu Kubong, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-diseret-kereta-suspek-samun-ketika-buat-penahanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:39 MYT
Teluk Intan, 24 Oktober 2023 - Seorang anggota polis berdepan detik cemas apabila diseret kereta yang dipandu suspek kes samun yang mahu melarikan diri di Masjid Labu Kubong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, berkata kejadian berkenaan berlaku semasa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah itu cuba menahan dua suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 31 tahun setelah mengekori mereka dari Ipoh selepas menerima aduan kejadian samun bersenjatakan parang jam 11.30 pagi.

Menurutnya, semasa proses tangkapan itu, suspek yang menaiki Perodua Myvi membuat pusingan U secara tiba-tiba dan mengundurkan kenderaannya hingga melanggar hadapan kenderaan polis.

"Polis kemudiannya keluar dari kenderaan dan seorang anggota polis cuba untuk membuka pintu belakang kereta suspek untuk melakukan tangkapan ke atas suspek yang duduk di bahagian belakang.

"Bagaimanapun, ia gagal kerana suspek yang memandu mengundur secara berbahaya menyeret anggota tadi menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah cermin hadapan kereta yang dinaiki oleh suspek untuk mempertahankan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-diseret-kereta...

ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2023 6.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM