
Artikel
Artikel Pilihan Polis Beku Hampir Rm 300 Juta Wang Ketua Sindiket Online
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan RM299.6 juta wang hasil judi yang dipindahkan ke negara ini oleh seorang warga asing yang...
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan RM299.6 juta wang hasil judi yang dipindahkan ke negara ini oleh seorang warga asing yang juga ketua sindiket perjudian dalam talian.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, CP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali, berkata berdasarkan maklumat disalurkan institusi perbankan, individu berusia 30-an itu dikesan membuka akaun luar pesisir pada 2023.
"Hasil analisa dan siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan warganegara asing memiliki kerakyatan lain, selain warganegara asal. Suspek cuba mengelirukan pihak berkuasa.
"Siasatan lanjut mendapati individu ini memperoleh hasil daripada aktiviti haram dengan mengambil komisen dalam wang yang dipertaruhkan oleh pemain judi dalam talian di platform miliknya.
"Suspek mempunyai pemain judi mencecah 10,000 orang membabitkan nilai perjudian sebanyak RM14.05 bilion. Sebahagian daripada keuntungan sebanyak RM371 juta hasil aktiviti itu dipindahkan ke negara ini," katanya pada sidang media di Menara KPJ, hari ini.
Sumber: Berita Harian