Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Anjur Makan Malam Amal 28 Disember Ini Tampil Artis Terkenal

Published: 21 Nov 2024 1.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber berita: BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-anjur-makan-malam-amal-28-disember-ini-tampil-artis-terkenal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
Artikel Pilihan Polis Anjur Makan Malam Amal 28 Disember Ini Tampil Artis Terkenal
Home / Article / Artikel Pilihan Polis Anjur Makan Malam Amal 28 Disember Ini Tampil Artis Terkenal
Back to Library
Article

Artikel Pilihan Polis Anjur Makan Malam Amal 28 Disember Ini Tampil Artis Terkenal

Sumber berita: BERNAMA
Kuala Lumpur, 21 November 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal "Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra" di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 28 Disember ini.

Program yang dianjurkan bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 itu akan menampilkan persembahan artis terkenal tanah air antaranya Dato' Jamal Abdillah, Ziana Zain, Ella, Jo Branko dan Douglas Lim sambil diiringi 75 pemuzik Orkestra PDRM.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan mengutip dana bagi memperkukuh kewangan tabung kebajikan polis, di samping merapatkan lagi hubungan antara PDRM dengan masyarakat.

“Dana yang dikumpulkan daripada penganjuran majlis ini akan kita gunakan antaranya untuk membaiki dan memperbaharui alatan muzik milik Pasukan Pancaragam PDRM.
“Selain itu, dana berkenaan juga akan disalurkan untuk kegunaan kebajikan warga PDRM khususnya bagi mereka yang terkesan dan rumah mereka terjejas akibat banjir,” katanya pada Sidang Media Majlis Makan Malam Amal itu di Bukit Aman di sini semalam.

Sumber berita: BERNAMA

 
ArticlePublished 21 Nov 2024 1.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM