
Artikel
Artikel Pilihan Polis Anjur Makan Malam Amal 28 Disember Ini Tampil Artis Terkenal
Sumber berita: BERNAMA
Kuala Lumpur, 21 November 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal "Blue Serenade Charity Dinner Live With PDRM Orchestra" di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 28 Disember ini.
Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan mengutip dana bagi memperkukuh kewangan tabung kebajikan polis, di samping merapatkan lagi hubungan antara PDRM dengan masyarakat.
“Dana yang dikumpulkan daripada penganjuran majlis ini akan kita gunakan antaranya untuk membaiki dan memperbaharui alatan muzik milik Pasukan Pancaragam PDRM.
“Selain itu, dana berkenaan juga akan disalurkan untuk kegunaan kebajikan warga PDRM khususnya bagi mereka yang terkesan dan rumah mereka terjejas akibat banjir,” katanya pada Sidang Media Majlis Makan Malam Amal itu di Bukit Aman di sini semalam.