Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Akan Rakam Keterangan Mohamaddin Ketapi

Published: 22 Sep 2020 8.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 22 September 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mendakwa insiden di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanyalah sandiwara dan peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-akan-rakam-keterangan-mohamaddin-ketapi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:21 MYT

Kuala Lumpur, 22 September 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mendakwa insiden di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanyalah sandiwara dan peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima 35 laporan polis di seluruh negara berhubung isu berkenaan.

Daripada jumlah itu sebanyak 28 laporan telah dibuat di Sabah manakala tujuh lagi dibuat di Semenanjung.

“Kita akan panggil beliau ( Mohamaddin) dan beberapa individu yang terlibat untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sumber: Kosmo Online

Artikel Pilihan Polis Akan Rakam Keterangan Mohamaddin Ketapi
ArticlePublished 22 Sep 2020 8.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM