Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pm Prihatin Polis Pengiring Kemalangan

Published: 07 Mar 2022 8.43 AM Updated: 15 Aug 2026 6.38 PM
Pontian, 6 Mac 2022 - Tindakan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang keluar melihat keadaan anggota polis bermotosikal yang terbabit kemalangan ketika mengiringi rombongan Perdana Menteri (PM) di Pekan Benut, pagi ini, mendapat perhatian orang ramai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pm-prihatin-polis-pengiring-kemalangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:44 MYT
 
Pontian, 6 Mac 2022 - Tindakan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang keluar melihat keadaan anggota polis bermotosikal yang terbabit kemalangan ketika mengiringi rombongan Perdana Menteri (PM) di Pekan Benut, pagi ini, mendapat perhatian orang ramai.

Dalam kemalangan 9.30 pagi itu, Perdana Menteri dalam perjalanan ke program Pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan, Benut, di sini.
Dato' Sri Ismail Sabri turun dari kenderaan rasminya sejurus selepas kemalangan itu bagi memeriksa kecederaan dialami polis pengiring berkenaan.

Selepas memastikan anggota polis itu menerima rawatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau meneruskan perjalanan ke majlis berkenaan.

Difahamkan, anggota polis berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan diarahkan mendapatkan rawatan susulan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Pm Prihatin Polis Pengiring Kemalangan


ArticlePublished 07 Mar 2022 8.43 AMUpdated 15 Aug 2026 6.38 PM