Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pkp 3 0 Tak Halang Misi Kemanusiaan Perlu Ada Kebenaran Pengarah Pengurusan

Diterbitkan: 25 Jul 2021 5.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bentong, 25 Julai 2021 - Polis tidak pernah menghalang misi kemanusiaan mana-mana pihak bagi menghantar bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pkp-3-0-tak-halang-misi-kemanusiaan-perlu-ada-kebenaran-pengarah-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
 
Bentong, 25 Julai 2021 - Polis tidak pernah menghalang misi kemanusiaan mana-mana pihak bagi menghantar bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass berkata, semua pihak yang menguruskan misi bantuan perlu jelas dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, mereka perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang kemudiannya disalurkan kepada Pusat Kawasan Operasi Bencana (PKOB).

"MKN sudah menetapkan SOP bahawa semua misi bantuan mesti dilaksanakan oleh PKOB sama ada negeri atau daerah, kita sudah selaraskan supaya penyampaian nanti lebih teratur.

"Kita ada sistem berpusat yang mengenal pasti siapa yang layak menerima bantuan agar bantuan itu disalurkan dengan lebih tersusun dan sistematik sekali gus menyekat sebarang kemungkinan pembawaan Covid-19 daripada luar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../tak-halang-misi-kemanusiaan...

ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2021 5.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM