Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pindaan Ruu Perkasa Siasatan Babitkan Akaun Keldai

Published: 11 Aug 2024 8.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2024 - Isu siasatan berkait penggunaan akaun keldai akan dapat diperkasakan susulan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pindaan-ruu-perkasa-siasatan-babitkan-akaun-keldai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2024 - Isu siasatan berkait penggunaan akaun keldai akan dapat diperkasakan susulan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi kes jenayah dalam talian atau "scam", adalah amat sukar untuk mendapatkan keterangan bagi mendapatkan sabitan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana ketiadaan pengecaman oleh mangsa terhadap suspek yang berjaya ditangkap oleh pihak polis terutamanya keldai akaun bank.
Menurutnya, oleh yang demikian, sebelum ini ramai suspek keldai akaun diberi arahan tuduh oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut kesalahan umum seperti Seksyen 424 Kanun Keseksaan iaitu melindungi harta dengan curang atau Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil iaitu gagal memberi keterangan terhadap sesuatu harta.
"Melalui Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 dan 11 Julai 2024 lalu, isu siasatan berkait penggunaan akaun keldai ini akan dapat diperkasakan.
"Seterusnya, pada 22 Julai lalu, kedua-dua RUU ini dibentang dan diluluskan Dewan Negara. Alhamdulillah, perkembangan ini adalah satu langkah yang amat positif," katanya kepada Harian Metro.
Dato' Sri Ramli berkata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara atas keputusan yang dicapai.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pindaan-ruu-perkasa...
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Pindaan Ruu Perkasa Siasatan Babitkan Akaun Keldai
ArticlePublished 11 Aug 2024 8.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM