Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Perolehan Sistem Kod Qr Sempadan Ke Singapura Dimuktamadkan Tahun Ini Mdn

Diterbitkan: 18 Nov 2024 1.57 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 18 November 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor bersetuju supaya perolehan penggunaan sistem kod respons pantas (QR) sempadan ke Singapura dimuktamadkan tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-perolehan-sistem-kod-qr-sempadan-ke-singapura-dimuktamadkan-tahun-ini-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT
Kuala Lumpur, 18 November 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor bersetuju supaya perolehan penggunaan sistem kod respons pantas (QR) sempadan ke Singapura dimuktamadkan tahun ini.
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat menggunakan bukti konsep (POC) selepas Sistem Kod QR dilaksanakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar fasa pertama yang memfokuskan kepada penumpang bas rakyat Malaysia dan penunggang motosikal bermula 1 Jun lepas.

“Hasil POC ini dibentangkan dan mesyuarat bersetuju keputusan dasarnya untuk memuktamadkan proses perolehan semasa tahun ini juga,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 2/2024 di Bukit Aman di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Perolehan Sistem Kod Qr Sempadan Ke Singapura Dimuktamadkan Tahun Ini Mdn
ArtikelDiterbitkan 18 Nov 2024 1.57 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.32 PM