Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Perjawatan Polis Bantuan Belum Capai 50 Peratus Pengarah Jpjkk

Published: 28 Nov 2023 1.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 28 November 2023 - Sebanyak 27,000 jawatan polis bantuan sudah diluluskan daripada 60,000 kekosongan perjawatan yang perlu diisi oleh agensi atau syarikat yang memohon setakat ini, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-perjawatan-polis-bantuan-belum-capai-50-peratus-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:18 MYT
Kota Bharu, 28 November 2023 - Sebanyak 27,000 jawatan polis bantuan sudah diluluskan daripada 60,000 kekosongan perjawatan yang perlu diisi oleh agensi atau syarikat yang memohon setakat ini, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail.

Beliau berkata walaupun jumlah perjawatan yang diluluskan tidak mencapai 50 peratus, pihak polis akan terus mengadakan pertemuan dengan agensi dan syarikat berkaitan bagi membincangkan isu perjawatan terbabit yang gagal dipenuhi.

"Kita berharap agensi atau syarikat berkenaan dapat menstruktur semula jumlah polis bantuan yang mahu dilantik.

"Daripada maklumat yang kita peroleh, terdapat agensi yang memohon hingga 60 permit tetapi hanya mengisi 10 perjawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) Ke-34 di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2248773

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Perjawatan Polis Bantuan Belum Capai 50 Peratus Pengarah Jpjkk
ArticlePublished 28 Nov 2023 1.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM