Artikel
Artikel Pilihan Perjawatan Polis Bantuan Belum Capai 50 Peratus Pengarah Jpjkk
Kota Bharu, 28 November 2023 - Sebanyak 27,000 jawatan polis bantuan sudah diluluskan daripada 60,000 kekosongan perjawatan yang perlu diisi oleh agensi atau s...
Kota Bharu, 28 November 2023 - Sebanyak 27,000 jawatan polis bantuan sudah diluluskan daripada 60,000 kekosongan perjawatan yang perlu diisi oleh agensi atau syarikat yang memohon setakat ini, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail.
"Kita berharap agensi atau syarikat berkenaan dapat menstruktur semula jumlah polis bantuan yang mahu dilantik.
"Daripada maklumat yang kita peroleh, terdapat agensi yang memohon hingga 60 permit tetapi hanya mengisi 10 perjawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) Ke-34 di sini, hari ini.
