Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Perhimpunan 16 Sept Perlu Ikut Undang Undang Buat Permohonan Dulu Timbalan Kpn

Diterbitkan: 11 Sep 2023 8.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 11 September 2023 - Pihak yang ingin mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September ini perlu mengikut lunas undang-undang, termasuk membuat permohonan untuk menganjurkannya terlebih dahulu, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-perhimpunan-16-sept-perlu-ikut-undang-undang-buat-permohonan-dulu-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT
 
Ipoh, 11 September 2023 - Pihak yang ingin mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September ini perlu mengikut lunas undang-undang, termasuk membuat permohonan untuk menganjurkannya terlebih dahulu, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlulah membuat permohonan lima hari daripada tarikh perhimpunan itu diadakan.

"Kedua, pemohon juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik-pemilik premis di kawasan terlibat, dalam konteks ini saya difahamkan perhimpunan ini akan diadakan di kawasan Sogo, (jadi) mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan juga Sogo.

"Permohonan ini perlu dikemukakan lima hari sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, kalau ikutkan hari inilah yang terakhir (untuk membuat permohonan), dan ketiga mestilah tiada bantahan daripada masyarakat yang berada di sekeliling, mungkin pemilik gerai-gerai atau Sogo yang perlu buat bantahan dalam masa 48 jam," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara ke-44 di sini hari ini.

Ditanya tindakan polis sekiranya pihak berkenaan masih tidak membuat permohonan hari ini dan bertegas untuk tetap mengadakan perhimpunan, Dato’ Seri Ayob Khan menjawab, "Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada".

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

 
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 8.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM