Artikel
Artikel Pilihan Perangi Aktiviti Penyeludupan Hingga Akar Umbi
Kota Kinabalu, 13 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperhebatkan operasi dalam usaha memerangi aktiviti penyeludupan di negara ini khu...
Kota Kinabalu, 13 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperhebatkan operasi dalam usaha memerangi aktiviti penyeludupan di negara ini khususnya di Sabah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara itu sememangnya menjadi salah satu misinya untuk memerangi aktiviti penyeludupan terutama membabitkan barang kawalan selain membanteras aktiviti jenayah lain di perairan negara ini.
Katanya, kegiatan penyeludupan itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sehingga jutaan ringgit saban tahun.
"Salah satu misi saya adalah memerangi sampai ke akar umbi berhubung kegiatan penyeludupan barang-barang menerusi Op Kontraban bukan saja di Sabah tetapi juga di seluruh negara.
"Ini termasuk aktiviti penyeludupan rokok, minuman keras dan barang-barang kawalan yang ada di Malaysia seperti beras, minyak masak dan sebagainya," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../perangi-aktiviti...
Sumber: Harian Metro