
Article
Artikel Pilihan Penyeludupan Di Sempadan Anak Muda Hidup Mewah Tanpa Sumber Jelas Kpn
Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah dengan memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang da...
Kota Bharu, 22 Mac 2025 – Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah dengan memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang dan BMW tanpa sumber pendapatan yang jelas, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
“Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah, senjata api dan barang kontraban melalui sempadan Kelantan-Thailand,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya, Kelantan sememangnya menjadi antara laluan utama sindiket penyeludupan, khususnya membabitkan dadah jenis Syabu, Heroin dan pil kuda yang dibawa masuk dari Thailand sebelum diedarkan ke seluruh negara.
Selain dadah, sindiket turut menyeludup senjata api serta pelbagai barang kontraban termasuk penyeludupan haiwan ternakan seperti lembu.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,