Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Penyeludupan Di Sempadan Anak Muda Hidup Mewah Tanpa Sumber Jelas Kpn

Diterbitkan: 22 Mar 2025 1.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah dengan memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang dan BMW tanpa sumber pendapatan yang jelas, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penyeludupan-di-sempadan-anak-muda-hidup-mewah-tanpa-sumber-jelas-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT
Kota Bharu, 22 Mac 2025 – Golongan anak muda yang bukan dalam kalangan pempengaruh atau usahawan dikesan menjalani kehidupan mewah dengan memiliki kenderaan berjenama seperti Mustang dan BMW tanpa sumber pendapatan yang jelas, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, fenomena itu bukan sesuatu yang baharu dan menerusi beberapa kejayaan operasi sebelum ini, terbukti ada dalam kalangan mereka terlibat dengan aktiviti penyeludupan.

“Hasil siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah, senjata api dan barang kontraban melalui sempadan Kelantan-Thailand,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, Kelantan sememangnya menjadi antara laluan utama sindiket penyeludupan, khususnya membabitkan dadah jenis Syabu, Heroin dan pil kuda yang dibawa masuk dari Thailand sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Selain dadah, sindiket turut menyeludup senjata api serta pelbagai barang kontraban termasuk penyeludupan haiwan ternakan seperti lembu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Penyeludupan Di Sempadan: Anak Muda Hidup Mewah Tanpa Sumber Jelas
ArtikelDiterbitkan 22 Mar 2025 1.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM