Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Penuntut Ipt Yang Jadi Keldai Akaun Mungkin Juga Mangsa Penipuan Kpn

Diterbitkan: 15 Aug 2024 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ini kerana kumpulan penuntut ini mudah diperdaya sehingga menjadi sasaran sindiket yang menggunakan pelbagai taktik bagi membolehkan akaun perbankan mereka digunakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penuntut-ipt-yang-jadi-keldai-akaun-mungkin-juga-mangsa-penipuan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Shah Alam, 15 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan pihak sindiket.

Ini kerana kumpulan penuntut ini mudah diperdaya sehingga menjadi sasaran sindiket yang menggunakan pelbagai taktik bagi membolehkan akaun perbankan mereka digunakan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada 208,000 pemilik keldai akaun yang terdiri daripada penuntut IPT juga adalah mangsa penipuan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mangsa keldai akaun dalam kalangan penuntut IPT turut dijanjikan sesuatu imbuhan sehingga mereka diperdaya.

"Kita (PDRM) percaya penuntut yang dijadikan keldai akaun turut diperdayakan dan mereka bukan secara sukarela memberikan akaun perbankan mereka kepada sindiket.

"Berkemungkinan mereka ini tidak faham dan seterusnya dijadikan keldai akaun," katanya pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi UiTM kali ke-9, di UiTM Shah Alam, hari ini.

Sumber: Berita Harian

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 5 people, dais and text that says 'MAJLIS AJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN & PENYA IAN SIJIL PEL PELGGI লায় IKAN INSPEKTOR KOR R


ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2024 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM