
Article
Artikel Pilihan Penuntut Ipt Yang Jadi Keldai Akaun Mungkin Juga Mangsa Penipuan Kpn
Ini kerana kumpulan penuntut ini mudah diperdaya sehingga menjadi sasaran sindiket yang menggunakan pelbagai taktik bagi membolehkan akaun perbankan mereka dig...
Shah Alam, 15 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan pihak sindiket.
Ini kerana kumpulan penuntut ini mudah diperdaya sehingga menjadi sasaran sindiket yang menggunakan pelbagai taktik bagi membolehkan akaun perbankan mereka digunakan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan mangsa keldai akaun dalam kalangan penuntut IPT turut dijanjikan sesuatu imbuhan sehingga mereka diperdaya.
"Kita (PDRM) percaya penuntut yang dijadikan keldai akaun turut diperdayakan dan mereka bukan secara sukarela memberikan akaun perbankan mereka kepada sindiket.
"Berkemungkinan mereka ini tidak faham dan seterusnya dijadikan keldai akaun," katanya pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi UiTM kali ke-9, di UiTM Shah Alam, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan, https://www.bharian.com.my/.../penuntut-ipt-yang-jadi...
Sumber: Berita Harian


