Artikel
Artikel Pilihan Penjenayah Manfaatkan Dunia Tanpa Sempadan Mudah Miliki Senjata Api
Kuala Lumpur, 18 Jun 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengakui pasukan itu berdepan cabaran besar dalam menangani masalah penyeludupan senjata...
Kuala Lumpur, 18 Jun 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengakui pasukan itu berdepan cabaran besar dalam menangani masalah penyeludupan senjata api ke dalam negara.
Jika dahulu individu atau sindiket menggunakan kaedah tradisional, hari ini dalam era dunia tanpa sempadan, senjata api boleh diperoleh secara mudah menerusi pesanan di media sosial.
"Ini sekali gus menjadi punca pemilikan senjata api lebih mudah kepada penjenayah khasnya perompak selain dalam zaman yang serba canggih dan moden turut membuka peluang dan ruang untuk penjenayah mendapatkan senjata api.
"Penjenayah mempunyai lebih banyak saluran untuk mendapatkan bahan terlarang itu.
"Kalau dulunya ia hanya berlaku secara fizikal yang bermaksud seseorang yang ingin memiliki senjata api harus tahu dan mengenali siapakah individu atau sindiket yang berkeupayaan membekal atau mengenali seseorang yang boleh menghubungkannya dengan pembekal senjata api khususnya dari negara jiran," katanya kepada BH hari ini
