Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pengarah Syarikat Rugi Rm12 Juta Ditipu Pelaburan Kripto

Diterbitkan: 09 Jan 2024 8.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 9 Januari 2024 - Seorang pengarah sebuah syarikat pengurusan di Selangor rugi RM12 juta akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pengarah-syarikat-rugi-rm12-juta-ditipu-pelaburan-kripto
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT
Petaling Jaya, 9 Januari 2024 - Seorang pengarah sebuah syarikat pengurusan di Selangor rugi RM12 juta akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 43 tahun itu yang mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya dekat sini pada 2022.

Menurut beliau, suspek berusia 46 tahun itu mempelawa mangsa menyertai pelaburan mata wang kripto ‘CCDG’ dengan menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh dua bulan.

“Justeru, mangsa dipercayai menjadi ejen pelaburan itu bersama empat warga China telah melaburkan wang Dolar Amerika Syarikat 2.7 juta (RM12 juta).

“Bayaran dibuat melalui e-wallet kripto kepada beberapa akaun tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../pengarah-syarikat-rugi.../

Sumber: Utusan Malaysia
ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2024 8.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM