
Article
Artikel Pilihan Penganjur Himpunan Tidak Patuh Akta Perhimpunan Aman
"Sepatutnya mereka lebih arif dalam notis pemakluman kepada polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Penganjur Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, yang dirancang pada Sabtu ini, didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penganjur himpunan itu tidak menyatakan beberapa butiran penting dalam notis pemakluman awal mereka. "Mereka tidak menyatakan butiran penting seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun. "Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjur yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini.
"Sepatutnya mereka lebih arif dalam notis pemakluman kepada polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.