Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Penganggur Dituduh Kerana Guna Gelaran Tan Sri Datuk Yang Tidak Diiktiraf

Published: 13 Oct 2020 9.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penganggur-dituduh-kerana-guna-gelaran-tan-sri-datuk-yang-tidak-diiktiraf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.

Tertuduh, Mujeebudeen Abdul Samad, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan laman profil Twitter Tan Sri Datuk Dr Hj Mujeebudeen di pautan https://twitter.com/TSDMujeebudeen dan melalui aplikasi laman profil Facebook Tan Sri Dato Mujeebudeen di pautan https://www.facebook.com/UMNO.

Dia didakwa melakukan perbuatan pada 7 Jun lalu di Pejabat Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 3(2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/tak-mengaku-guna-gelaran-tan-sr…

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 13 Oct 2020 9.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM