Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Penemuan Dokumen Malaysia Di Ukraine Pdrm Tunggu Maklumat Lanjut Kedutaan Rusia Kpn

Diterbitkan: 31 Oct 2024 6.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.29 PM
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi Kedutaan Rusia di sini berkenaan dakwaan mengenai seorang warga tempatan yang terlibat sebagai askar upahan dalam konflik antara negara tersebut dan Ukraine.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penemuan-dokumen-malaysia-di-ukraine-pdrm-tunggu-maklumat-lanjut-kedutaan-rusia-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:09 MYT
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi Kedutaan Rusia di sini berkenaan dakwaan mengenai seorang warga tempatan yang terlibat sebagai askar upahan dalam konflik antara negara tersebut dan Ukraine.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan untuk berhubung dengan Kedutaan Rusia dijalankan oleh Cawangan Khas Bukit Aman.
“Kita masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak kedutaan untuk pengesahan, termasuk status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian itu (menjadi tentera upahan),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Razarudin berkata pihaknya juga telah berhubung dengan keluarga individu terlibat baru-baru ini dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, individu itu hanya belajar di luar negara.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Penemuan Dokumen Malaysia Di Ukraine Pdrm Tunggu Maklumat Lanjut Kedutaan Rusia Kpn
ArtikelDiterbitkan 31 Oct 2024 6.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.29 PM