Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Penahanan Chegu Bard Tiada Kena Mengena Dengan Perhimpunan Sabtu

Published: 14 Sep 2023 3.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Tangkapan ke atas seorang aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard, malam tadi, tidak ada kena dengan perhimpunan yang dirancang Sabtu ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penahanan-chegu-bard-tiada-kena-mengena-dengan-perhimpunan-sabtu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:26 MYT
Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Tangkapan ke atas seorang aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard, malam tadi, tidak ada kena dengan perhimpunan yang dirancang Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penahanan dilakukan disebabkan kegagalan Badrul Hisham menghadirkan diri selepas dipanggil polis berkaitan siasatan kes lain. Katanya, sebelum ini pihak polis sudah memanggil Badrul Hisham berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadap kenyataannya. "Antara siasatan yang dijalankan adalah berkaitan isu Ambalat, iaitu mendakwa Malaysia menyerahkan Blok Ambalat kepada Indonesia semasa pertemuan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

"Antara siasatan kes lain adalah seperti pendedahan harta yang dimiliki Dato' Seri Anwar Ibrahim menerusi aplikasi Tik Tok milik Badrul serta pembocoran dokumen sebuah jabatan kerajaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../penahanan-chegu-bard-tiada...

 
ArticlePublished 14 Sep 2023 3.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM