Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pemilik Ig Safieyillias94 Pipinatasha Dicari

Diterbitkan: 10 Jun 2021 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dariipada seorang pensyarah universiti pada 9 pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pemilik-ig-safieyillias94-pipinatasha-dicari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:06 MYT
Kajang, 10 Jun 2021 - Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieilyas dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dariipada seorang pensyarah universiti pada 9 pagi semalam.

"Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik 'safieyillias94' yang juga hos bersama pemilik IG 'pipinatasha'.

"Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, hos berkenaan didapati melakukan perbuatan boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Menurutnya, mereka turut menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektronik) kepada kanak-kanak berkenaan.

"Polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pemilik-ig-safieyillias94...
Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2021 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM