Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pemilik Dan Ejen Hartanah Sewa Kediaman Kepada Scammer Akan Didakwa

Diterbitkan: 26 Oct 2023 12.56 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada pemilik dan ejen hartanah agar tidak bersekongkol dengan sindiket penipuan atau scammer dalam talian dengan menjadikan kediaman mereka sebagai pusat panggilan atau "calling centre".
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pemilik-dan-ejen-hartanah-sewa-kediaman-kepada-scammer-akan-didakwa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada pemilik dan ejen hartanah agar tidak bersekongkol dengan sindiket penipuan atau scammer dalam talian dengan menjadikan kediaman mereka sebagai pusat panggilan atau "calling centre".

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka ini termasuk melakukan pendakwaan kerana bersubahat.

Kata beliau, semua agen berkaitan sewaan akan dipertanggungjawabkan sebagai rakan sejenayah dan boleh dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan), Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan 109 Kanun Keseksaan (Bersubahat).

“Pemilik premis juga akan dipertanggungjawabkan atas prinsip ‘kenali pelanggan anda’.
“Tindakan ini, kita ambil bagi membanteras operasi pusat panggilan secara drastik kewujudannya sudah seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Pemilik Dan Ejen Hartanah Sewa Kediaman Kepada Scammer Akan Didakwa
ArtikelDiterbitkan 26 Oct 2023 12.56 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM