Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pemandu Mabuk Operasi Dilipat Ganda Di Seluruh Negara Pengarah Jspt

Diterbitkan: 11 Apr 2026 7.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, arahan itu melibatkan pelaksanaan operasi secara berkala dan lebih agresif di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pemandu-mabuk-operasi-dilipat-ganda-di-seluruh-negara-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT
Kuala Lumpur, 11 April 2026 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) mengarahkan semua kontinjen negeri melipatgandakan operasi membabitkan pemandu mabuk, dengan keutamaan diberikan pada malam minggu bagi membendung peningkatan risiko kemalangan.

Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, arahan itu melibatkan pelaksanaan operasi secara berkala dan lebih agresif di seluruh negara.

“Saya arahkan supaya dipertingkatkan semua operasi berkenaan Op Mabuk. Kita sudah tekankan pelaksanaan operasi ini bukan sahaja pada malam minggu, tetapi juga malam-malam biasa, namun keutamaan diberikan pada malam minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Op Selamat 25 dan 26 di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini malam tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pemandu Mabuk Operasi Dilipat Ganda Di Seluruh Negara Pengarah Jspt
ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2026 7.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM