Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pelajar Uitm Maut Dirempuh Suv Siasat Ikut Prosedur Biasa Tiada Pengecualian Pengarah Jspt

Published: 12 Oct 2024 8.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Siasatan kes kemalangan mengorbankan tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dungun, Terengganu diteruskan mengikut prosedur biasa meskipun pemandu kenderaan yang merempuh mangsa didakwa mempunyai masalah mental.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pelajar-uitm-maut-dirempuh-suv-siasat-ikut-prosedur-biasa-tiada-pengecualian-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024 - Siasatan kes kemalangan mengorbankan tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dungun, Terengganu diteruskan mengikut prosedur biasa meskipun pemandu kenderaan yang merempuh mangsa didakwa mempunyai masalah mental.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata tidak akan ada sebarang pengecualian dalam kes itu dengan siasatan dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada suami wanita yang memandu kenderaan terbabit serta saksi-saksi kejadian.

Justeru, beliau berkata kes ini tetap disiasat seperti biasa termasuklah membabitkan penahanan dan perintah reman tanpa pengecualian.

"Polis juga akan mendapatkan laporan kesihatan wanita terbabit sebelum siasatan dilengkapkan.

"Setelah selesai semua prosedur siasatan ini, wanita berkenaan akan dituduh di mahkamah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

ArticlePublished 12 Oct 2024 8.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM