Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pegawai Polis Dituntut Berfikir Kritis Bertindak Pantas Depani Evolusi Kepolisan Kpn

Diterbitkan: 11 Aug 2026 11.22 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menuntut setiap pegawai polis agar terus berfikir secara kritis, bertindak pantas dan kekal relevan dengan perubahan zaman bagi mendepani dunia kepolisan yang mencabar serta bergerak pantas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pegawai-polis-dituntut-berfikir-kritis-bertindak-pantas-depani-evolusi-kepolisan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menuntut setiap pegawai polis agar terus berfikir secara kritis, bertindak pantas dan kekal relevan dengan perubahan zaman bagi mendepani dunia kepolisan yang mencabar serta bergerak pantas.

Beliau berkata memandangkan landskap keselamatan sentiasa menuntut evolusi berterusan, para pegawai tidak seharusnya berasa selesa dengan kedudukan atau pencapaian yang dikecapi pada hari ini.

“Kenaikan pangkat ini bukanlah satu kemuncak dalam kerjaya, sebaliknya ia merupakan titik permulaan bagi tanggungjawab yang jauh lebih mencabar,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Lencana Pangkat Kehormat di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman di sini hari ini.

Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berkata pangkat disandang merupakan amanah rakyat dan negara yang wajib dipikul dengan penuh ketelusan, kebijaksanaan, serta keikhlasan bagi memastikan keamanan terus terpelihara.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pegawai Polis Dituntut Berfikir Kritis Bertindak Pantas Depani Evolusi Kepolisan Kpn


ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2026 11.22 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM