Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pegawai Kor Suksis Diingat Sentiasa Terap Prinsip Rukun Negara Pengarah Jpjkk

Published: 11 Sep 2023 1.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Nerus, 10 September 2023 - Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka sekali gus membantu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pegawai-kor-suksis-diingat-sentiasa-terap-prinsip-rukun-negara-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:52 MYT
Kuala Nerus, 10 September 2023 - Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka sekali gus membantu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Aidi Ismail berkata, mereka turut diminta menggunakan ilmu kepolisan yang diperoleh selepas menjalani latihan selama tiga tahun sebaiknya, demi memastikan keselamatan negara kekal terpelihara.

"Sebagai pewaris negara, golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya bagi menghadapi arus peradaban yang semakin mencabar.

"Begitu juga semangat kecintaan kepada negara yang perlu disemai dan dipupuk dalam jiwa belia hari ini," ucapnya pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS Universiti Awam ke-19 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, semalam.

Seramai 713 Inspektor Kor SUKSIS dari 12 universiti awam dan empat kampus cawangan Universiti Teknologi MARA berjaya menamatkan latihan mereka.

Dato’ Sri Aidi berkata, latihan serta ilmu kepolisan yang diperoleh menjadi pakej pelengkap kepada Pegawai Kor SUKSIS untuk muncul sebagai individu yang memiliki sahsiah cemerlang sekali gus menjadi pemimpin berkaliber dan berpengetahuan dalam bidang berkenaan.

Bacaaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2224055

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pegawai Kor Suksis Diingat Sentiasa Terap Prinsip Rukun Negara Pengarah Jpjkk
ArticlePublished 11 Sep 2023 1.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM