Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pegawai Anggota Dilarang Cemar Imej Pdrm Di Media Sosial Timbalan Kpn

Diterbitkan: 05 Dec 2021 1.33 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Marang, 5 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggota polis yang membuat aksi melampau di aplikasi media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pegawai-anggota-dilarang-cemar-imej-pdrm-di-media-sosial-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:21 MYT
Marang, 5 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggota polis yang membuat aksi melampau di aplikasi media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, tindakan seumpama itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan.
"Kalau ada anggota atau pegawai yang berpakaian lucah atau membuat aksi kurang sopan di media sosial termasuk aplikasi Tik Tok, kita akan siasat dan tindakan sewajarnya akan diambil.

"Selain dilarang membuat aksi melampau di media sosial, kita sudah memberi arahan (kepada) mereka ini dilarang mengeluarkan apa-apa komen yang jelek kepada kerajaan atau PDRM.

"Jadi mereka ada saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa maklumat atau (jika ada rasa) tidak berpuas hati iaitu melalui persatuan.

"Larangan ini memang ada, jadi kalau mereka didapati (berbuat demikian), kita boleh ambil tindakan disiplin," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pegawai-anggota-dilarang...

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Pegawai Anggota Dilarang Cemar Imej Pdrm Di Media Sosial Timbalan Kpn
ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2021 1.33 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM